-->

♥Tint@ QaLbii ♥

cinta itu fitrah,tapi tuntut ilmu dan study itu AMANAH.fastabiqul khairat^^tawakkal adalah berserah diri kpd Allah setelah berusaha bersungguh-sungguh sehabis daya upaya.Segala usaha yg baik mesti diniatkan kerna ALLAH.moga Allah redha,ameen ya Rabb (^__^)

Saturday, 1 December 2012

Jalan kEhidupan ManuSia

Assalamualaikum semua :) maaf lah sebab dah lama tak update blog.huhu.Disebabkan keBIZIan yang melanda diri dan tahap kemalasan yang agak tinggi.MasyaAllah. Jangan contohi saya ye. :) Lagi2 anak dara kan.Kena rajin walau mcm mana payah sekalipun ? okay? peringatan utk saya dan anda semua . Terdetiknya saya utk mengupdate blog ini adalah kerana saya ingin kita sama2 renungkan apa yang ingin saya lakarkan ini.Saya mendapatinya dari seorang sahabat saya yang tidak kurang hebatnya dalam memperingatkan saya tentang sebuah "kematian" . Dan rentetan sebuah kehidupan.

tak perlulah saya bercakap panjang lebar.Saya akan memberikan anda sebuah pengisian yang perlu kita ingat dan simpan dalam hati.Ia berkait rapat dengan kitaran manusia dan air.Renungkanlah dengan mata hati. Bismillahirahmanirrahim.. *nervous* hihi.



Kitaran manusia ni ibarat air ..
Air sungai mewakili usia kecil ..
Akan berakhir dengan laut juga ..
iaitu dewasa ..
Air tersejat mewakili kematian seseorang ..
Kadang2 di sungai sudah tersejat ..
Naiknya pula wap air ibarat naiknya roh seseorang yg sudah mati ..
Dan hujan yang turun mewakili turunnya roh qudus yang lain ..
utk hidup manusia yang lain ..
Pernah Allah berfirman yang bermaksud ..
"manusia yang tidak berfikir adalah manusia yang rugi"

Jadi, cuba kita fkirkan dan renungkan dan banding2kn ciptaan Allah kita ni dgn hidup kita ..
Inshaa Allah , akan terbuka  hidayah didalam diri kita utk mengamalkan ajaran Islam sebagai acuan
hidup.Utk lebih mendalam , cuba fikir pasal mati . tambah2 pasal sakaratulmaut.. Dan nabi juga pernah berkata

"manusia yang paling bijak dalam dunia ni tak lain tak bukan manusia yang mengingati mati .

Besar hikmahnya apabila kita memikirkan tentang mati.Dengan memikirkan soal mati kita akan selalu berwaspada dan menambahkan amal kebaikan untuk bekalan di akhirat nanti . Selami disudut jiwa yang dalam . dan tanyalah Iman anda :)



Posted by mujahidah solehah at 22:29
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, 8 November 2012




Assalamualaikum..
insyaAllah utk entri kali ni saya akan kongsikan bersama anda dgn sebuah kata azimat yg membuatkan saya tertarik utk brkongsi dgn anda semua .

     Dalam jauh sebuah perjalanan,
     Allah amanahkan sebuah prjuangan,
     Terimalah dengan kekuatan..
     Kadang sakit yg mendatang..
     Kadang teman tak sehaluan..
     Kadang cmerlang gagal dicapai..
     Namun,
     Itulah lumrah kehidupan..
     Malam tak selalu terang,
     Siang tak selalu cerah,
     Itulah lukisan alam,
     Kadang apa yg kita inginkan tak selalunya kita akn dpt,
     So,
    Letakkanlah harapanmu pd Penciptamu ^^
    Ingat,
    Bukan pd ciptaan-Nya .

~selamat beramal~
Posted by mujahidah solehah at 22:10
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, 19 May 2012

Airmata seorang HAWA :)






kadang2 saya tertanya2 kenapa wanita harus menangis walaupun pada prkra yg remeh temeh.akal ini sering tidak dpt mnjwb persoalan yg sudah sekian lama membuku dihati.

walaupun saya sbg insan yg bernama wanita sukar memberikan jwpn kenapa hati ini bgitu senang mengalirkan air mata.tetapi,aimata inilah yg menjadikan kami lbih kuat dr kaum adam.
sbg contoh,ada seorg ustaz yg membuat kajian dipenjara tentang org2 yang ingin digantung smpai mati.Dia berkata bhwa kbykn wanita lbih tenang apabila digantung smpai mati berbanding lelaki.ini menunjukkan ketabahan seorang HAWA lbih tinngi dari berjuta kaum ADAM.

.dan, airmata seorang wanita mampu melumpuhkan seorang lelaki.Sebagai contoh, saya petik dari kisah Firaun dan isterinya ,Disebabkan airmata Asiah la Nabi Musa alaihissalam terselamat drpd dibunuh oleh firaun .
Tak hairanlah ketika perasaannya sedang sebak, air matanya pun mengalir. Bukan kerana dia lemah, tapi dengan air mata itulah ia meluahkan segala rasa yang ada didadanya beban kehidupannya dan permasalahan yang dihadapinya



Kenapa Allah menciptakan wanita begitu istimewa? Wanita diberikan sebuah bahu yang begitu kukuh menahan beban dunia dan isinya, dan dia jadikan bahu itu begitu nyaman dan menenangkan, ketika dia harus menopang kepala bayi yang sedang tertidur.

Allah menciptakan wanita dengan kekuatan untuk bertahan, ketika yang lain menyerah dan putus asa pada keadaan kerana mereka yakin akan sebuah harapan. 

Wallahua'alam.



Posted by mujahidah solehah at 14:01
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, 18 May 2012

Kenapa LELAKI selalu ambik kesempatan kat orang perempuan??^^bace lah.

Senang!... sebab lelaki tu memang takder niat nk kawin dengan awak. Bila dia dah dapat apa yang dia nak.. Takder sebab kenapa dia nak kawin dengan awak walaupun tunang.. 

Jadi bila bercinta. Jagalah maruah awak. Jauhi lelaki yang mula ambil kesempatan walaupun ayat manis, hensem dan kacak @ awak minat @ awak admire.. sebab takde gunanya awak jadi 'abis madu sepah dibuang'. Awak nk maki hamun pun tak guna sebab lelaki tu x rugi apa2.. dia boleh mengaku kat perempuan lain dia masih teruna... awak?

Fikir-fikirkanlah... Jagalah maruah awak.. menjadi perempuan yang mudah disentuh, dipegang dan tidak menutup aurat sering diskafikasikan perempuan yang easy to get..

Lagi pulak yang selalu putus cinta atau putus tunang.. org akan klafikasikan "dah abis"..

Maaf kalau ayat ni agak kurang manis tapi itulah fakta yang selalu didengari dibelakang orang perempuan...

Jadi jagalah auratmu, tutuplah aurat..
biar seorang dua je cakap "dia ni pakai tudung tp perangai cam harem", tapi beribu2 lagi memuji anda...

Jadilah wanita yang TAK SUKA disentuh atau open minded dengan berbual lucah, biar org kata awak sombong tapi hakikatnya LELAKI AKAN MEMUJI ANDA dan confirm akan kata "Kalaulah dia jadi isteri aku~~"

Lelaki sedia maklum, bagaimana perangai anda sekarang.. macam tulah bila dah kawin.. kalau senang 'dikongsi'.. bila dah kawin mesti buat perkara yang sama kat org lain..

Wallauhualam.. fikir2kanlah dan bertindak.. hargai dan mahalkan maruah anda wahai kaum wanita..
Posted by mujahidah solehah at 00:51
2 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, 25 April 2012

Info Neraka jahannam..


Neraka digambarkan sebagai suatu tempat yang penuh dengan azab dan siksaan bagi mereka yang mengingkari perintah Allah SWT. Ia merupakan salah satu tempat atau destinasi terakhir umat manusia sebagai balasan atas apa yang dikerjakan semasa masih bernyawa di muka bumi.


Dipetik dari Hadith Qudsi : Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku (Allah SWT). Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu : 


1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat


2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah


3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung


4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah


5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik


6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak


7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum


8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular


9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.


10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai


11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat 


Ulasan :-
**Pembalasan bukan sahaja akan diterima di akhirat kelak, bahkan bagi sesetengah manusia akan mendapat pembalasan yang setimpal dengan apa yang dilakukan semasa masih hidup di alam fana ini.


**Madani berasal daripada perkataan Arab bermaksud masyarakat atau generasi yang maju dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan. 
naudzubillahmindzalik..^^
Posted by mujahidah solehah at 22:44
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Kita tertanya2..??Siapakah tulang rusuk kita??O.o

Pembaca yg disyangi sekalian,hayatilah nukilan ini.semoga anda dpt memahaminya.inshaAllah.Sesungguhnya yg baik itu dtg dr Allah dan yg buruk itu juga dtg dri Allah dan disandarkan kpd dri saya sdri.^^
Ketika aku remaja
Sesaat selepas mendengar kisah Adam dan Hawa
Terbit satu pertanyaan dalam diri ku
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?
Bagaimana rupanya,
Tinggi atau rendah,
Kurus atau gempal,
Cerah atau gelap,
Tampan atau jelek.
Puas aku membayangkan,
Impikan jejaka rupawan,
Persis seorang pahlawan.
Ketika aku menganjak dewasa
Dikala sedang menuntut di menara
Timbul semula persoalan itu,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?
Bagaimana hartanya,
Motor atau kereta,
3310 atau Iphone,
Selipar atau Adidas,
Miskin atau kaya,
Puas aku mencari
Impikan lelaki hartawan
Persis seorang jutawan.
Ketika aku akhirnya dewasa
Dikala sedang berusaha berkerja
Bertanyaku sekian kali,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?

Bagaimana akhlaknya,
Malas atau rajin,
Baran atau sabar,
Dungu atau pintar,
Jahat atau baik,
Puas aku berdoa
Impikan lelaki budiman,
Persis seorang beriman.
Ku tanya lagi pada diri,
Aku ingin jadi tulang rusuk kiri siapa,
Pentingkah rupa?
Cukuplah yang sedap di mata,
Pentingkah harta?
Cukuplah yang mampu menyara,
Pentingkah iman?
Terdiam aku seketika.
Kerana diriku melihat diri sendri,
bagai tak layak untuk disunting oleh pencinta Ilahi,
Diriku lemah sekali,
Penuh dosa dan layak dicaci,
Bagaimana kalu pemilik tulang rusuk ini ketahui,
Bertapa hinanya si rusuk kiri
Pasti dia menyesal sekali
Lalu ku tanamkan azam,
Tuhan masih memberiku peluang
Akan ku berusaha membaiki diri,
Bagi melayakkan diri pada yang terbaik.
Semoga pemilik tulang rusuk kiri,
Akan bahagia bersamaku di dunia dan di akhirat nanti. 
subhanallah,perjalanan kita sbg ank muda masih pjg.jadi,persiapkan dri mengejar cinta Ilahi,dimasa yg tepat akn bertemu juga pemilik tulang rusukmu.senantiasalah berdoa.^__^Allahumma ameen.
Posted by mujahidah solehah at 03:42
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

<<~✿Kunci kejayaan ~✿>>

Kadangkala, didalam perjalanan hidup yg berliku mengejar cita2,ada shj halangan dan dugaan yang mendatang..Diri mua terasa lemah,jiwa mula gelisah,hati tidak tenang,fikiran menadi tidak tntu arah.namun,itu semua harus dilalui,krn matlamat akhir,iaitu kejayaan yg dimiliki.Dri diarbiah,dimmotivasikan utk mendptkn kmbali smgt baru utk bergerak maju ke hadapan tanpa menoleh ke belakang.Kegagalan silam menjadi kunci kejayan yang mendatang.inshaAllah.^^Tetapi,mampukah semangat ini terus dinyalakan didalam diri?tepuk dada,tanya hati.


ingatlah!jgn sesekali berputus asa.mindset perlu betul utk mengharungi dugaan yg mendatang.Sesungguhnya.Allah s.w.t tidak menurunkan sesuatu dugaan itu kpd hamba2-Nya yg tidak mampu menghadapinya.Resepi utk menyemarakkan api perjuangan dlm diri adalah "istiqamah".


"sesungguhnyaorg2 yg mengatakan Tuhan kami adalah Allah,kemudian mereka tetap istiqamah,maka,tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tiada (pula)berduka cita (surah al-ahqaf:13)


kaedah dlm mempraktikkan menjadi seorang yg "istiqamah"


#menjaga hubungan dgn Allah s.w.t
Jagalah ibadat dgn seeloknya,perbanyakkan ibadah sunat.
#masukkan matlamat di dlm doa
mohonlah kpd Allah,sesungguhnya Dia Maha Mendengar.
#mulakanlah pekerjaan dgn berdoa 
berdoa sesungguhnya dgn menghadap kiblat.
#berterusan dlm mencari ilmu
hal ini krna,dpt memberi semangat kpd diri utk berusaha
#amalkan perkara yg dpt menarik hidayah Allah s.w.t
cth:baca al-quran
#kenali diri
ubah sikap2 yg negatif kpd positif.
#menolong insan lain utk berjaya
insyaAllahAllah akn menolong kita,selagi mana hamba2-Nya menolong antara satu sama lain.
#iklankan matlamat
tampal  @ tulis matlamat agar dpt mengingatkan diri senantiasa dan menjadi pencetus semangat utk terus berusaha mencapai matlamat tersebut.Allah syg akn hamba2-Nya yg istiqamah dlm pekerjaan.Jgnlah berputus asa dgn rahmat Allah. "Katakanlah ,hai hamba-Ku yg melampaui batas trhadap diri mereka sendiri,jgnlah kamu berptus asa dari rahmat Allah.."(surah al-zumar:53) .life must go on.Go Go chaiyok!..

Posted by mujahidah solehah at 03:26
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Archive

  • ▼  2012 (23)
    • ▼  December (1)
      • Jalan kEhidupan ManuSia
    • ►  November (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (19)

About Me

My photo
mujahidah solehah
salam ukhwah tuk semua pembaca saye..ismi syahirah..kullu am wa antum bikhair^__^
View my complete profile
Pink Bobblehead Bunny

Life must go on.chaiyok2!!

Followers

Watermark theme. Powered by Blogger.